26 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 100 ahli parti Amanah sertai BERSATU

SERAH…. Haji Samat menyerahkan borang keahlian BERSATU kepada Suhaili.


LABUAN: Dianggarkan lebih 100 ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Kampung Bebuloh dan Belukut yang telah pun meninggalkan parti Amanah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Labuan, pada Khamis lalu.


Penyerahan borang keahlian oleh Ketua Cawangan Amanah Kampung Bebuloh Laut yang juga ketua kampung Haji Samat Maidin, disampaikan kepada Ketua Bahagian BERSATU Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman yang diadakan di Balai Raya Kg Bebuloh Laut.


Kemasukan ahli Amanah ke dalam parti Bersatu adalah berikutan perletakan jawatan seluruh jentera (Ahli Jawatankuasa) parti Amanah secara mengejut yang diketuai oleh Ketua Amanah Labuan Haji Chemat Mustapha, pada 9 Julai lepas, sekali gus menyebabkan pembubaran parti Amanah Labuan.


Bercakap kepada pemberita selepas menerima borang keahlian itu, Suhaili berkata kemasukan ahli Amanah ke Bersatu adalah petanda positif bagi Bersatu untuk mengukuhkan kedudukannya di Labuan yang kini mempunyai lebih 4,000 ahli.


“Kemasukan beramai-ramai ahli Parti Amanah ke Parti BERSATU secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi sokongan cawangan berkenaan kepada Parti BERSATU yang diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahyudin Yasin.


“ Kepimpinan parti sentiasa membuka penyertaan sebagai ahli daripada mana-mana individu yang layak dan mempunyai keinginan untuk menyertai parti BERSATU” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN