GAMBAR:WONG menyerahkan memorandum kepada Asman di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya, pada Selasa
LABUAN: Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yii menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyerahan memorandum telah disampaikan oleh Wong sendiri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Asman Abidin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pada Selasa.
Wong berkata, antara kandungan memorandum itu, pihak LCCC meminta kerajaan Persekutuan menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk Labuan termasuk masyarakat peniaga di pulau ini.
“ Memorandum ini bukan sahaja merangkumi masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli perniagaan Cina Labuan tetapi juga melibatkan ekonomi, pelancongan dan kebajikan penduduk Labuan” katanya.
Wong juga berkata, sebelum beliau yang berkesempatan bertemu Perdana Menteri di ibu ngeara telah menjemput Perdana Menteri supaya dapat datang ke Labuan untuk melihat sendiri pelbagai masalah yang telah dihadapi oleh penduduk Labuan untuk diselesaikan segara.