Wong menyampaikan cenderamata kepda Dr. Zhu sambil diperhatikan oleh ahli-ahli LCCC yang hadir.
LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghoa Labuan (LCCC) meraikan kehadiran Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu Dr Zhu Xinglong dalam satu majlis makan malam sempena lawatan kerja beliau ke Labuan, pada Selesa.
Kehadiran Dr Zhu dan rombongan disambut mesra oleh Presiden LCCC, Datuk Wong Kii Yii sebelum diraikan pada majlis makan malam di Labuan Fisherman Habour Restaurant, di sini.
Dalam pada itu, kehadiran Dr. Zhu bersama rombongan ke Labuan bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan diplomatik sedia ada antara Malaysia dan China tetapi juga dapat membina peluang kerjasama serantau khususnya dalam sektor pelaburan.
Dr. Zhu ketika berucap pada majlis itu berkata, Labuan berpotensi untuk berkembang maju kerana berstatus pulau bebas cukai dan menjadi pusat kewangan antarabangsa.
Jelasnya, hubungan perniagaan antara dua negara amat baik kerana kedua-kedua kepimpinan negara akrab mengadakan lawatan kerja ke China dan Malaysia.
Beliau turut mencadangkan agar Labuan merangka kerjasama dengan wilayah Hainan China kerana mempunyai sektor ekonomi yang boleh diterokai dan dipelajari.
Beliau juga menzahirkan hasrat untuk mengadakan lawatan kerja ke Labuan dua kali dalam setahun untuk meneroka pelaburan baharu yang memberikan impak kepada China dan Labuan.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Dato’ Sri Liew Shan Wen, Ketua Polis Daerah Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim, Pengarah JBPM Labuan Abd Rahman Ali, pengerusi-pengerusi dewan perniagaan serta pemimpin masyarakat tionghua Labuan.



