ALK sempat merakam gambar bersama Nikmal (kanan) selepas taklimat.
SEMPORNA: Program Lawatan dan Pemeriksaan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) ke Unit Sajian Hospital Semporna baru-baru ini, adalah bertujuan murni bagi memeriksa kualiti bekalan segar dan kering yang dibekalkan oleh Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMSB) agar sentiasa pada tahap terbaik serta berkualiti.
Lawatan pemeriksaan itu telah diketuai, Pengerusi KPVKMSB, Mej.Biyazid Bin Redwan turut diiringi Setiausanya, Md.Sarip Bin Saleh dan Bendahari, Amir Hamzah Kannaung.
Mej.Biyazid ketika ditemui, mengharapkan menerusi lawatan pemeriksaan itu, KPVKMSB akan terus maju dalam bidang perniagaan yang diceburi dan mampu berdayasaing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang disegani.
Menurutnya, lawatan pemeriksaan itu adalah sebagai ‘Pendekatan’ dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mampu mencapai objektif yang ditetapkan dan memastikan semua bahan yang dibekalkan sentiasa mematuhi piawayan yang dilaksana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Jatuh Kitaam, bukan sandaan, bangun kitaam yang jadi ikutan”, tambah Mej.Biyazid.
Turut diadakan sempena lawatan itu ialah Taklimat daripada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Nikmal Md.Nasir.
            Â