25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040  jadi panduan pelbagai dasar pembangunan Labuan

DR ZALIHA ketika melancarkan Program Publisiti dan Peryertaan Awam Laporan Struktur Labuan 2040 di Perkarangan Taman Damai, Layang Layangan di sini, pada Sabtu.

LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 akan menjadi garis panduan melibatkan pelbagai dasar pembangunan  berkaitan perancangan fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun  sebelum laporan ini digazetkan,  pandangan dan penglibatan setiap  rakyat amat diperlukan  bah membolehkan rancangan tersebut   menjadi lebih komprehensif dan mampan.

“Justeru itu Perbadanan Labuan dengan kerjasama PLANMalaysia akan mengadakan sekurang-kurangnya sembilan program ‘outreach’ yang melibatkan pemegang pemegang taruh bagi menerangankan Rancangan Struktur Labuan 2040 bagi mengumpul sebanyak mungkin pandangan dan hasrat rakyat.

“Saya percaya dengan pendekatan ‘bottom-up’ ini akan membolehkan Labuan dibangunkan mengikut apa yang diperlukan dan diinginkan oleh rakyat Labuan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Publisiti dan Peryertaan Awam Laporan Struktur Labuan 2024 di Perkarangan Taman Damai, Layang Layangan di sini, pada Sabtu.

Dr Zaliha berkata, Kerajaan Persekutuan  komited untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah hab ekonomi, pelancongan dan pendidikan, namun ia tidak akan tercapai sekiranya perkara asas seperti air, elektrik dan connectivity  tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, beliau telahpun memaklumkan kepada Bahagian Bekalan Air Labuan untuk mempercepatkan projek projek pembaikan, baik pulih infrastruktur dan penggantian paip air supaya isu bekalan air dapat diselesaikan seberapa segera.

Katanya,  sebanyak tiga projek penggantian paip sepanjang 70 kilometer dengan peruntukan RM108 juta akan siap  selewat lewatnya pada suku tahun pertama 2025.

“Saya juga telah mengarahkan Tourism Malaysia Labuan dan beberapa pemeggang taruh termasuk komuniti perniagaan untuk menubuhkan Special Taskforce yang akan diketuai oleh Perbadanan Labuan sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN