32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan Pesara PDRM terima anugerah Pingat Jasa  Pahlawan Negara sempena sambutan Hari Polis peringkat IPD Ranau 

Lapan orang pesara PDRM meraakam gambar selepas menerima PJPN.

RANAU: Seramai 8 orang Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima anugerah Pingat Jasa  Pahlawan Negara (PJPN), sempena Majlis Perbarisan sambutan Hari Polis Ke-216 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau  yang diadakan di perkarangan IPD itu pada Isnin.

Peyematan pingat kepada 8 penerima itu, telah disempurnakan, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Bin Lomudin disaksikan ratusan  anggota PDRM pelbagai pangkat serta para jemputan khas.

Hadir sama ialah, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Amisah Yassin (ADUN dilatik) dan para Pegawai Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pada majlis itu, DSP.Simiun dalam ucapan aluannya sebelum membaca teks ucapan Perutusan daripada Ketua Polis Negara, merakam pengharagaan atas kehadiran para jemputan khususnya kehadiran Datuk Jonathan, Datuk Abidin, Datuk Amisah serta para jempuran yang lain sambil menyifatkan kehadiran semua sebagai satu sokongan padu terhadap peranan PDRM selaku agensi kerajaan yang menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat awam berlandaskan undang-undang negara.

“Peranan PDRM menjaga keselamatan awam (penduduk setempat) dan kedaulatan negara adalah amat penting  disamping kerjasama erat dengan masyarakat  setempat selaras dengan slogan  ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, jelas DSP Simiun yang seterusnya menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para anggota PDRM, para Pemimpin NGO, ahli PERKEP dan Pengamal Media.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN