30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAPAN PEMAIN BAWAH 22 SABAH TANDATANGANI KONTRAK

KONTRAK…Salah seorang pemain B22 menerima kontrak disampaikan Benedict (kiri) sambil dipeehatikan Juil, Azman dan Azhier.

KOTA KINABALU: Lapan pemain skuad Piala Presiden Sabah (B22) yang berlatih bersama skuad senior Sabah FC musim ini menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) pagi ini.

Mereka ialah Gerald Gadit, Mohd Hizaz Lokman, Abdul Hanafie Tokyo Hasim, Mohd Nasip Mohd Zain, Mohd Nazemizan Nalson, Mohd Azlizan Mohd Azlan, Mohd Naaim Firdaus Stibin dan Mohamad Sahrizan Saidin.

Turut menandatangani kontrak itu ialah jurulatih pasukan, Johnny Dominicus, Pengurus pasukan, Ahmad Syuaib Nasir dan staf pengurusan pasukan B22 musim ini.

Mereka menandatangani kontrak itu di pejabat SAFA di Likas disaksikan peguam persatuan, Azhier Farhan Arisin.

Majlis itu dihadiri Timbalan Presiden SAFA, Datuk Juil Nuatim, Setiausaha Agung SAFA, Bennedict Asmat, penolongnya, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif, David Wisom.

Jurulatih pasukan, Johnny Dominicus, berkata lapan pemain B22 itu merupakan yang terawal menandatangani kontrak manakala yang lain akan menandatangani kontrak mereka kemudian.

Pemain-pemain B22 Sabah bersama Pengurus pasukan, Ahmad Syuaib Nasir yang menandatangani kontrak

Menurut beliau, pasukan kendaliannya itu akan mengandungi senarai 25 pemain yang akan membawa cabaran pasukan dalam Liga Piala Presiden musim ini.

“Kita sedang dalam proses untuk memuktamadkan senarai akhir pemain untuk menganggotai pasukan dan ia dijangka dapat dilakukan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Sementara itu, Juil yang juga Pengarah pasukan B22 berharap pemain-pemain terbabit terus berusaha meningkatkan prestas bagi membolehkan mereka terus berpeluang untuk beraksi bersama skuad senior nanti.

Katanya, peluang mereka berlatih bersama skuad Sabah FC ketika ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan mereka terus berpeluang menganggotai pasukan senior itu pada masa akan datang.

“Anda semua masih muda dan peluang itu sentiasa terbuka untuk kamu. Manfaatkan peluang itu sebaik-baiknya,” tegas Juil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN