Gambar: Nancy (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil kumpulan seni disaksi Datuk Jonathan (kanan) bersama tetamu yang lain
KUNDASANG: Sebanyak 8 Kumpulan Seni di sini masing-masing menerima Insentif Seni (kewangan) RM5 ribu setiap persatuan sumbangan daripada Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia di sampaikan Menteri Pelancongan , Seni Dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri sempena Program Merakyatkan Seni Budaya “Jejak Budaya@Kundasang 2021” di Pentas Budaya Pekan Kundasang pagi tadi (23 Disember).
Persatuan-persatuan terlibat ialah, Persatuan Kinabalu Merdu Sound (Muzik Bambu dan Tarian), Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Suara Buluh Perindu Sabah (Muzik Bambu), Persatuan Agungantano (Tarian), Persatuan Bayu Rhytms Kelab Kebudayaan SK.Kundasang (Muzik), Persatuan Kebudayaan Cina Ranau (Muzik dan Tarian), Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Kundasang(Komuniti), Persatuan Gabungan Rukuntetangga Kundasang (Komuniti) dan Gelari Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (Gelari Budaya).

Antara wakil Persatuan menerima sumbangan RM5 ribu.
Seramai 12 orang lagi mewakili keluarga yang terkesan berikutan pandemik Covid-19 menerima bantuan berupa Cek sumbangan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Hadir sama pada program itu ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia, Datuk Wira Dr.Noor Zari Bin Hamat, Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian Seni Dan Budaya Malaysia, Saraya Binti Arbi, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Haji Mesran Bin Mohd Yusop, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir dan ratusan penduduk setempat yang semuanya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.