31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan atlet veteran Labuan sertai Kejohanan  Olahraga Master Terbuka  Malaysia kali ke 35

SELAMAT BERJUANG…. ABANG Syamsulzainuri  (dua dari kiri) menyerahkan bendera Labuan kepada Marta (tiga dari kanan) sambil disaksikan oleh Adnan (tiga dari kiri)

LABUAN: Persatuan Atlet Veteran Labuan menghantar lapan atlet veteran ke Kejohanan Olahraga Master Terbuka Malaysia kali 35 yang berlangsung  di Stadium Universiti Malaya, Kuala Lumpur bermula hari ini (16 Sept 2023).

Menurut Pengerusi Persatuan Atlet Veteran Labuan, Adnan Talipuddin, lapan atlet yang akan menyertai kejonanan itu terdiri daripada  tiga atlet lelaki dan lima atlet wanita  yang berumur antara 35 higga  59 tahun.

Katanya tiga atlet lelaki itu terdiri daripada Abdul Harah @ Awang Asara yang akan menyertai acara 100M bagi kategori umur 55-59.

Dua lagi atlet lelaki  yang akan bersaing dalam acara  dan kategori umur yang sama ialah  Redzuan Jumat dan Suwito Kardo.
 

Manakala lima atlet wanita yang terpilih untuk mewakili Labuan di kejohanan itu ialah Marta Lokman yang akan menyertai acara 100 M dan 200M, Lompat Jauh dan Lempar cakera  bagi kategori umur 45-49 tahun,  Jesse Tsen Chew Moi yang akan beraksi dalam acara Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Rejam Lembing bagi kategori umur  55-59 tahun, Jelinih  Motibi yang akan bertanding   dalam acara  100M, 200M dan Lompat Jauh kategori umur 40-44 tahun.

Turut tersenarai Imelda Atiqah Untoi dan Firozina Llin yang akan bertanding dalam acara  Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Rejam Lembing kategori umur 35-39 tahun.

“Kita yakin mereka yang akan bertanding di kejohanan itu  akan dapat membawa pulang  pingat.

“Sandaran utama kita untuk meraih pingat   ialah kepada Marta Lokman  yang merupakan atlet veteran  Labuan yang terpilih untuk mewakili Malaysia di  Kejohanan Asia Master Filipina pada bulan Disember nanti” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan Labuan kepada Ketua Kontijen Labuan, Mart Lokman yang disampaikan oleh  Pengurus Kompleks Sukan Labuan, Abang Syamsulzainuri Abang Sipini mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohammad Syahffie  Haji  Japril.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN