25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lampu jalan siap dipasang, impian penduduk kampung jadi kenyataan.

Salah satu persimpangan jalan yang telah dipasang lampu jalan.

KENINGAU:Impian penduduk beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bingkor yang mahu lampu-lampu jalan dipasang di persimpangan jalan kini menjadi kenyataan apabila pemasangan di beberapa lokasi siap dipasang.

Pemasangan lampu-lampu jalan itu dilaksanakan berikutan lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau telah membuat tinjauan mengenai keadaan jalan raya yang memerlukan pemasangan lampu-lampu jalan beberapa bulan yang lepas.

TERANG…Salah satu selekoh yang telah dipasang lampu jalan.

Hasil daripada lawatan tersebut, terdapat beberapa lokasi telah dilakukan pemasangan lampu-lampu jalan antaranya persimpangan antara Kampung Minansut  dan Kampung Tuntumulud,  Kampung Sandapak, Simpang ke Kg Tuntumulud, Simpang 3 ke Tanah Merah dari Kg Buang Sayang, selekoh Kampung Antolob menuju ke Bunsit dan simpang masuk ke Kampung Merampong. 

Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, pemasangan lampu-lampu jalan di kawasan lain juga akan terus dilaksanakan dan akan dipantau dari masa ke semasa. 

Katanya, pemasangan lampu-lampu jalan di setiap kampung di kawasan ini adalah penting bagi mengelakkan kemalangan disamping kegiatan-kegiatan jenayah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN