ADVERTISEMENTspot_img

Laluan trafik di Ranau dan Kundasang lancar, Polis ingatkan pematuhan keselamatan jalan raya

Salah seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalulintas sekitar pekan Ranau, hari ini

RANAU: Aliran trafik di jalan utama sekitar Pekan Kundasang dan Pekan Ranau dilaporkan lancar setakat pagi ini tanpa sebarang kesesakan, menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhemah dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.

Antara peringatan utama termasuk tidak meletakkan kenderaan di laluan sempit atau di hadapan simpang, mengelakkan berhenti di kawasan tumpuan awam serta tidak memotong di garisan berkembar atau kawasan selekoh.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya mematuhi had laju ditetapkan dan mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri di jalan raya,” menurut kenyataan itu.

IPD Ranau turut menyarankan orang ramai menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, termasuk laluan Kibbas–Tambiau–Sarapong–Jalan Tambunan serta laluan Kundasang–Mohimboyon–Tambiau–Sarapong–Jalan Tambunan.

Sebarang aduan atau maklumat berkaitan keselamatan trafik boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-762222.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN