26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Laluan Ranau-Sandakan depan Sabindo, sudah boleh dilalui

SIAP…. Kini boleh dilalui semua jenis kenderaan.

RANAU: Selepas menunggu beberapa lama penyiapan aliran air bertakung berhampiran Sabindo Supermarket Ranau, kini para pengguna jalanraya menarik nafas lega kerana air bertakung seperti sebuah tasik sudah dibaik-pulih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Laluan itu ditakungi air sejak 11 Januari dan siap tengah malam tadi (1 Februari) hasil kerjasama JKR  dengan pihak konsesi(Perwira), bekerja keras memulihkan keadaan sehingga siap dan boleh dilalui semua jenis kenderaan pada kira-kira jam12.30 tengah malam semalam (1 Februari).

Proses kerja-kerja penyiapan turut disaksikan dan mendapat idea daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang turut turun padang menyaksikan kerja penyiapan mengalirkan air yang bertakung dengan kerjasama daripada pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Ranau yang turut memberikan kerjasama mengatasi masalah yang telah membantutkan aliran kendaraan antara Kota Kinabalu-Sandakan.

Para pengguna jalan yang sempat ditemui berterima kasih atas kehadiran  Datuk Jonathan bagi memberi cadangan membuat kerja-kerja penyiapan mengeluarkan takungan air yang berlaku.

Hadir bersama Datuk Jonathan ialah, Jurutera JKR Ranau, Farhana Jammy,  Penerangan Exco Wiramuda Star Sabah,  Kong Choon Choi dan para pegawai kerajaan negeri.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN