DITUTUP SEMENTARA…Laluan bergaris merah
RANAU: Majlis Gereja SIB Pekan Ranau, memaklumkan akan menutup laluan alternatif di kawasan itu bermula setiap hari Ahad, dari jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, bermula 08 Januari.
Penutupan itu bertujuan untuk membolehkan umat SIB di daerah ini mengerjakan ibadah di gereja itu dengan tenang selain faktor keselamatan jemaah.
Menurut kenyataan, pihaknya telah memaklumkan kepada Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah berhubung perkara itu.
Susulan penutupan laluan itu, semua kenderaan dari kedua-dua arah akan menggunakan jalan di Sinarut -Tagudon, sehingga laluan kawasan SIB dibuka semula selepas jam 12.00 tengahari.
Kenyataan itu turut menasihatkan jemmat agar datang lebih awal untuk mendapatkan pakir. Bagaimanapun sekiranya berlaku kesesakan dari arah pekan Ranau, jemaat boleh meletakkan kenderaan di kawasan simpang jalan Sinarut Baru atau simpang Jalan Kesiladan.
“Bagi Jemmat dari kawasan Marakau, Sinarut dan Lasing, disarankan pakir di bahu jalan di Jalan Marakau atau di kawasan bekas lapangan terbang.
“Sila maklumkan pihak anggota Polis atau RELA yang bertugas pada masa itu bahawa anda mahu beribadah di gereja. Mereka sudah maklum tentang perkara ini melalui surat yang dihantar kepada pihak berkenaan,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak gereja turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat penutupan sementara laluan tersebut.