TOLAK…. Sebahagian daripada mantan Ketua Ketua Kampung yang menolak pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan dikalangan orang luar.
LABUAN: Beberapa mantan Ketua-Ketua Kampung mendesak kerajaan supaya pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan dipilih dikalangan anak jati Labuan yang memahami selok belok dan citarasa penduduk di pulau ini.
Mereka secara total menolak orang luar dari Labuan di lantik sebagai Pengerusi Perbadanan sepertimana yang hangat diperkatakan oleh warga Labuan yang rata rata tidak bersetuju jika pemimpin luar dipilih sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.
Mantan Ketua Kampung Batu Maikar, Haji Ismail Samad berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibarhim menolak permintaan warga Labuan yang mahu jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan dipilih daripada anak jati Labuan.
“Kita sebagai mantan pemimpin masyarakat (ketua kampung) perlu melihat kehadapan dan bersuara untuk mempertahankan hak orang Labuan diangkat menjadi Pengerusi Perbadanan kerana mereka inilah yang memahami keadaan senario penduduk di Labuan… Tiada maknanya jika orang luar di pilih sedangkan mereka langsung tidak dapat menjiwai kehendak rakyat Labuan” katanya.
Ismail turut melahirkan rasa terkilan yang sebelum ini quata jawatan Senator Labuan turut diambil oleh orang luar dan kini usaha yang sama turut dilakukan untuk merampas kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan… kita tidak mahu satu persatu hak keistimewaan rakyat Labuan di berikan kepada orang luar.
Seorang lagi mantan Ketua Kampung Mazlan Datuk Din turut mendesak supaya kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan diisi oleh anak jati Labuan dan bukannya diberi pilihan untuk diisi oleh orang luar.
“Kami sekeras-kerasnya menolak lantikan daripada mana-mana individu yang bukan berasal dari Labuan.
“Apa yang tersirat di sanubari kami sebagai warga tempatan mahu melihat anak jati Labuan sendiri mengemudi pembangunan Labuan kerana mereka amat memahami permasalahan dan kehendak orang Labuan itu sendiri.
“Apa gunanya kita lantik orang luar kalau mereka sendiri tidak tahu apa itu Labuan, malah nama-nama 27 buah kampung di Labuan pun mereka tidak tahu” katanya.
Dalam pada itu beliau menegaskan masih ramai anak jati Labuan yang mempunyai kebolehan bukan sahaja dalam akdemik tetapi juga meliputi pelbagai bidang yang layak diangkat sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.
Beliau juga turut mengharapkan kepada Perdana Menteri supaya pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan diberi keutamaan kepada anak jati Labuan dan kami harap PMX menghormati kehendak naluri rakyat Labuan.
Seorang lagi mantan Ketua Kampung Layang-Layangan Faizal Lakat turut menyokong untuk mempertahankan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan di isi oleh anak jati tempatan.
“Kami warga Labuan tidak memerlukan orang Labuan untuk mengisi jawatan itu, kami selaku mantan Ketua Kampung mempunyai pengalaman yang luas dalam bekerjasama dengan kepimpinan yang datangnya dari Labuan itu sendiri.
“Kami yakin jika pelantikan itu datangnya dari anak tempatan Labuan sudah pasti apa juga permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah kerana beliau dapat menjiwai apa juga kemahuan dan kehendak warga tempatan dan ini sekaligus memudahkan kedua-dua pihak berinteraksi.
“Justeru itu kami mantan mantan ketua kampung sebulat suara mahu Perdana Menteri serta Yang Di Pertuan Agong menilai semula untuk mengekalkan keistimewaan Labuan yang sebelum ini banyak terhakis termasuk pelantikan Senator quata Labuan yang sebelum ini diisi oleh anak jati Labuan tetapi kali ini telah diberikan kepada orang luar dari Labuan.” katanya.
Dalam waktu yang sama beliau menjelaskan penolakan orang luar adalah sebagai menghormati maruah orang Labuan.
“Kalau kami tidak menolak pelantikan daripada luar …kemungkinan pada masa akan datang akan lebih banyak lagi jawatan penting di Labuan akan diisi oleh orang luar.
Beliau juga mengingatkan agar pelantikan bagi jawatan utama di Labuan selepas ini perlu mengambil kira kepentingan dan sentimen rakyat Labuan.
Sementara itu mantan Ketua Kampung Durian Tunjung Haji Ahad Ahmad turut menyokong saranan yang dibuat oleh beberapa mantan ketua kampung lain untuk sama sama mendesak kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan slogan Kerajaan Madani mengambil iktibar selepas pelantikan Senator yang tidak disenangi oleh rakyat Labuan berulang kembali apabila kerajaan memilih untuk melantik orang luar sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.
Beliau yang juga mantan penjawat awam berkata, sebagai orang lama bersependapat dan menyokong saranan bukan sahaja dari sahabat saya mantan Ketua Kampung tetapi juga oleh mana mana individu yang sebelum ini yang menolak orang luar sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan
‘Pengalaman kami ketika dilantik sebagai Ketua Kampung, segala masalah kampung yang kami hadapi mudah diselesaikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan yang dilantik dikalangan anak tempatan.
“Kami yakin kerajaan Madni yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim memahami akan hasrat dan tujuan mengapa rakyat Labuan mahu menengahkan anak jati Labuan sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.
“Jawatan Senator sudah pun terlepas kepada orang luar dari Labuan… tetapi kita beharap kesilapan lama tidak akan berulang yang mencetuskan kemarahan rakyat” katanya.
Beliau berkata, Labuan mempunyai banyak pemimpin yang berwibawa serta berkebolehan standing dengan pemimpin lain yang mampu menerajui Perbadanan Labuan dan tidak ada sebab mengapa orang luar diberi peluang untuk menerajui Perbadanan Labuan.



