30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuanfm Santuni Pesara Tentera Dalam Program Ziarah Kasih

SERAH…. Fauziah (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesara tentera yang usur sambil diperhatikan staf Labuanfm dan Wan Rahim (tiga dari kanan) dan Latif (dua dari kanan)

Labuan: Senergi Labuanfm dalam program Ziarah Kasih Pesara Tentera bagi menyanrtuni dan menyampaikan sumbangan di kalangan tentera yang uzur sebagai tanda mengenang jasa mereka sekaligus meringankan beban keluarga perasa tersebut.

Timbalan Pengarah Labuanfm, Fauziah Mohd Sidek berkata seramai 20 penyampai dan staf saluran radio itu menyantuni lima pesara uzur di beberapa buah rumah di sini.

Beliau berkata, tujuan program ini diadakan untuk menunjukkan keprihatinan terhadap pesara tentera yang uzur dan meringankan sedikit beban mereka serta memupuk semangat budaya tolong menolong dan membantu masyarakat serta berganding bahu dengan agensi kerajaan yang lain termasuk pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu program ini juga merupakan program radio dilokasi yang membawa penyampai-penyampai radio untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial terhadap masyarakat” katanya.

Hadir sama Yang Di Pertua Persatuan Veteran TLDM Labuan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Persatuan Veteran ATM Haji Latif Amdan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN