24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LABUANfm agih bubur cha-cha, bubur kacang & air sarbat sempena Program Jelajah Ramadan

AGIH…. Aminah (kanan) bersama Fauziah mengagihkan bubur cha-cha dan bubur kacang serta air sarbat kepada  pendengar setia LABUANfm melalui pandu lalu di perkarangan LABUANfm pada Isnin.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, LABUANfm telah mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong royong memasak bubur cha-cha, bubur kacang dan membuat air sarbat untuk diagihkan kepada orang awam yang dianjurkan selama dua  hari bemula pada Isnin.

Pengarah Penyiaran Labuan,  Aminah Samsudin Mohd berkata, program yang diadakan secara gotong royong yang diadakan di perkarangan LABUANfm itu melibatkan kerjasama seluruh kakitangan LABUANfm dan juga seliberiti Edidih.

“Sebanyak 400 bungkus bubur cha-cha dan bubur kacang serta 400 gelas air saebat diedarkan  kepada  golongan sasar dan juga orang awam” katanya ketika ditemui pada sesi pengagihan bubur tersebut di perkarangan LABUANfm, pada petang Isnin.

GOTONG ROYONG…. Fauziah (kiri)  bersama DJ-DJ LABUANfm menyiapan bubur cha-cha sebelum diagihkan kepada orang awam.

Beliau berkata, antara objektif pelaksanaan program tersebut  adalah untuk mengeratkan hubungan sesama kakitangan  LABUANfm dan selebiriti  Edidih.

“Selain itu, ia juga  dapat melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan dan kesediaan berbakti yang secara tidak langsung  membolehkan DJ-DJ LABUANfm mendekati pendengar setia LABUANfm” katanya.

Sebagai mematuhi saranan kerajaan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) dan juga norma baharu, program agihan bubur cha-cha dan bubur kacang serta minuman air sarbat dilaksanakan secara pandu lalu.

Selain itu agihan bubur dan air sarbat turut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Labuan terutama peminat setia LABUANfm yang berduyun-duyun untuk mengambil  bubur berkenaan di perkarangan LABUANfm.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziag Mohd Sidek dan Ketua Bahagian Rancangan, Noor Affatizah Sabtu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN