ADVERTISEMENTspot_img

Bunuh Ibu Kandung, Lelaki Dihadapkan ke Mahkamah

Tertuduh semasa keluar dari Mahkamah sambil dikawal rapi oleh polis.

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya.

Elekson Langak, 31, yang tidak diwakili peguam dihadapkan di depan Majistret Flavian Edward Henry.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kini direman mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh didakwa membunuh mangsa yang berusia 56 tahun, pada 11 September kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah sewa, Kampung Katagayan, Tambunan.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, boleh dihukum mati atau penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan pada 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap tertuduh.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan diwakili Pengawai Pendakwa ASP Daniel Dominic.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN