DARREN KOH yang memenangi acara 63kg Full Contact Kickboxing bersama Rithuan (dua dari kiri), Alvin (kiri sekali) dan Tan.
LABUAN: Peserta dari Labuan mengungguli 4th Borneo Martial Art Expo (BMAEX) 2022 apabila memenangi tiga daripada lima acara yang dipertandingkan.
Pertandingan yang diadakan di Hotel Palm Beach and Spa Manikar itu menyaksikan peserta Labuan yang mewakili Martial Arts Academy Karabaw, Darren Koh menewaskan peserta dari Sabah Top Team, Jason Loong dalam acara 63kg Full Contact Kickboxing sekaligus menerima ‘Title Belt’.
Seorang lagi peserta Labuan Marul Mendez dari BCG Martial Arts Academy, menerima piala kejohanan selepas menewaskan Matthews Hii dari pasukan D-30 Fight Team (Sarawak).
Turut mencipta nama sebagai pemenang dalam pertandingan itu ialah Sunny ‘The Silencer’ dari Deaf Fight Team (Labuan) yang menewaskan Danish Jalal dari Khalifa MMA (Brunei Darussalam).
Sementara itu, dalam acara acara 70kg Low Kickboxing dimenangi oleh Amer Azeez dari Brunei Darussalam yang menewaskan peserta dari Sabah Top Ten, Kingsley Tan.
Dalam acara 52kg wanita Full Contact Kickboxing, peserta dari Sarawak, Maurine menewaskan peserta tuan rumah (Labuan), Maggie Quinn untuk menerima ‘Title Belt’
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.
Hadir sama, Presiden Whusu Labuan yang juga Pengarah Program BMAEX 2022, Alvin Chong, Pengerusi Penganjur 4th BMAEX 2022, Tan Chee Haw, Presiden LAFA Labuan, Sophian Mohd Said dan isteri Haji Rithuan Mohd Ismail, Hajah Mirani Haji Majidi.