33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan siap sedia hadapi PKP 2.0

Haji Rithuan Mohd Ismail

LABUAN – Wilayah Persekutuan Labuan adalah antara enam negeri yang  dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama 14 hari  bermula  Rabu  (13 Januari 2021) sehingga  26 Januari  depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, susulan itu  JPBD Labuan telahpun mengambil langkah persiapan untuk  melaksanakan  PKP  dengan mengetatkan kawalan pergerakan  bagi memastikan rantaian COVID 19 yang mula meningkat dapat diputuskan semula.

“Di Labuan kita  telah pun mengadakan mesyuarat malam tadi untuk melaksanakan langkah langkah perlu antaranya pihak PDRM  akan mengadakan semula Sekatan Jalan Raya  (SJR) di dua lokasi Jalan Patau-Patau dan jalan Tun Mustapha Batu Arang bermula jam 12.01  malam ini” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain daripada itu pihak penguatkuasaan  yang diketuai oleh PDRM akan melakukan kawalan pergerakan keluar masuk di pintu pintu utama Terminal Feri Kenderaan, Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan dan juga di terminal lapangan terbang Labuan bagi memantau individu yang telah diberi kebenaran oleh pihak polis  untuk masuk ataupun keluar dari Labuan.

Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata pihak PDRM telahpun menyediakan 15 pasukan pemantau dengan kekuatan anggota seramai 63 orang yang membabitkan 51 anggota PDRM dan  12 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya lagi, JPBD juga  sedang bekerjasama dengan NADMA bagi mendapatkan  bantuan kebajikan  daripada kerajaan  untuk  diagihkan kepada masyarakat Labuan yang terjejas dengan PKP ini.

“Bagaimanapun pihak kita masih mengunggu maklumbalas daripada NADMA mengenai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada Pusat Kawalan  Operasi Bencana (PKOB) sebelum diagihkan kepada  masyarakat yang terjejas” katanya.

Menyentuh mengenai Prosedur Operasi Standart (SOP), beliau menjelaskan ketika ini pihak MKN Labuan sedang menunggu SOP yang akan diwartakan  oleh MKN Pusat, namun beliau yakin SOP kali ini ada sedikit kelonggaran berbanding dengan  PKP yang lalu.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd  Yassin  dalam sidang media khasnya, mengumumkan  Labuan, bersama Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lima lagi negeri lain dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi tempoh 14 hari bermuala 13 Januari 2021.

PKP  2.0 selama dua minggu itu adalah susulan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN)  bahawa enam negeri yang membabitkan Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya, Labuan)  Selangor,  Pulau Pinang, Johor, Sabah dan  Melaka masih berdepan risiko jangkitan COVID 19 yang tinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN