IRWIN (berdiri belakang empat dari kanan) bersama peserta Kejohanan BIMP-EAGA Level Ups Cup & Epic Youth Gamea d Anime Tournament
LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan yang dikenali sebagai pulau bebas cukai dirantau Borneo mampu untuk menjadi hab utama e-Sukan dan Budaya Kreatif membabitkan rantau BIMP-EAGA.
Menurut Ketua Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Bahagian Sosio Budaya dan Pendidikan, Irwin Mohammad Daud Ker, bagi merealisasikan harsat itu, pihaknya telah menganjurkan Kejohanan BIMP-EAGA Level Ups Cup and Epic Youth Games and Anime Tournament (EYGA Tour) yang telah pun diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) baru baru ini.
Kejohanan yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan itu turut mendapat kerjamasa daripada Digicelcom, Level Up Academy, BIMP-EAGA Business Council (BEBC) Labuan, Dewan Usahawan Melayu Labuan ( DUML) Dan Persatuan e-Sport Labuan.
Katanya, kejohanan yang menjadi perintis menjadikan Labuan sebagai hab e-Sukan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.
“Pemenang kejohanan itu bukan sahaja menerima hadiah wang tunai, tetapi juga layak ke peringkat akhir BIMP-EAGA Level Ups Cup dan EYGA Tour yang akan diadakan pada 28-30 November ini di Ujana Kewangan Labuan” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Irwin yakin kejohanan peringkat akhir eSukan itu bakal menjadi platform penting bukan sahaja kepada peserta tetapi golongan belia dari kawasan BIMP-EAGA yang mengabungkan kompetensi e-Sukan yang intensif dengan elemen budaya pop Jepun seperti anime dan cosplay.
Dalam pada itu, EYGA Tour akan menampilkan pelbagai pertandingan permainan vedio popular seperti mobile Legend, Dota 2, Valorant, PUBG Mobile, Tekkes8 dan FIFA 2K25 yang menyediakan hadiah berbentuk USD .
“Kami yakin kejohanan seperti ini dapat memupuk Komuniti e-Sukan yang lebih kukuh di rantau BIMP-EAGA seiring dengan perkembangan pesat industri e-Sukan peringkat global” katanya.



