31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan mengekalkan status sifar Malaria sejak 2017 – Dr Ismuni

DR ISMUNI

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Labuan terus  mengekalkan status sifar malaria  manusia jangkitan tempatan  sejak 2017,  kata Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan  Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata kejayaan untuk kekal sifar sejak 2017 perlu diteruskan bagi menyokong usaha kerajaan dalam mendapatkan Pensijilan Eliminasi jangkitan tempatan Malaria Manusia daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun ini.

Bagaimanapun, katanya malaria zoonotik yang berpunca daripada monyet masih dilaporkan dan kita masih terdedah kepada risiko jangkitan kes malaria import dari negara luar.

Katanya, pada 2017 hanya satu kes malaria tempatan telah dilaporkan melibatkan jangkitan malaria zoonotik di Kg Bebuloh, selebihnya kita telah menerima lapan kes impot malaria manusia dari negara luar dan 13 kes import malaria jangkitan zoonotik.

“Sebagai makluman, kita sudah berjaya melalui tiga  daripada empat fasa di bawah program Eliminasi Malaria  Kebangsaan iaitu Fasa Kawalan,  Fasa Pre Eliminasi dan Fasa Eliminasi, terkini kita berada di dalam fasa pencegahan kemasukan semula malaria jangkitan tempatan” katanya ketika berucap merasmikan Hari Malaria Sedunia yang bertemakan ‘Zero Malaria: Draw the Lines Against Malaria’  peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kampung Bebuloh di sini, pada Ahad.

Menurut Dr Ismuni lagi, Labuan kini dalam fasa pencegahan kemasukan semula malaria jangkitan tempatan yang memerlukan penglibatan agensi lain dan masyarakat melalui pendekatan perisikan kesihatan awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan populasi berisiko penularan semula.

“Malaria boleh dicegah dan dirawat…sekiranya, kita dapat mengesan dan mengawal jangkitan malaria ini dengan lebih cepat dan awal dengan strategi aktiviti survelan malaria dan mendapat kerjasama daripada komuniti, kita mampu mengekalkan status sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan di Labuan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN