27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan mencatatkan 19 kes baharu positif COVID 19

DR ISMUNI…. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.


LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan pada Rabu telah mencatatkan sebanyak 19 kes baharu positif dan lapan daripada kes itu melibatkan petugas kesihatan.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, daripada jumlah kes baharu itu, dua kes daripada kluster Bah Bundle, enam kes saringan pulang dari kawasan berisiko, satu saringan kontak rapat dan satu kes bukan warganegara, yang tiba dari India.


“Sementara itu, kes pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dilaporkan bermula 27 September hingga hari ini adalah sebanyak 51 kes dan ia menjadikan bilangan kumulatif kes di Labuan meningkat kepada 78 kes” katanya di sini.


Selain itu katanya, Sebanyak 44 kes aktif dan masih dirawat di Hospital Labuan dan seorang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Sehingga kini, bilangan mereka yang masuk dari Sabah sejak 27 September dan menjalani ujian saringan Covid-19 adalah seramai 13,462 orang dimana, 3,776 masih menunggu keputusan.


Dalan waktu yang sama beliau menyeru kepada semua warga Labuan yang tidak mempunyai keperluan untuk berurusan di pusat bandar supaya terus duduk di rumah.


“Ini kerana beberapa kes yang direkodkan berlaku agak banyak di sekitar bandar, oleh sebab itu sukar untuk kita menentukan kasawan yang bebas daripada COVID 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN