27.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan menang tipis Golf MADANI Labuan vs Sabah

Golf MADANI…pasukan Golf Labuan dan Golf Sabah (kiri) bergambar kenangan sebelum acara teeoff dijalankan.

LABUAN: Pasukan Golf Labuan yang di ketuai oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili menang tipis dengan pasukan Golf Sabah pada pertandingan persahabatan Golf MADANI Labuan vs Sabah yang diadakan di padang Labuan International Golf Club (LIGC).

Pada pertandingan itu pasukan Golf Labuan MADANI yang berjaya menewaskan pasukan Golf Sabah dengan kelebihan satu mata meraih hadiah wang tunai RM5,000.

Pertandingan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara kedua dua pasukan itu disertai seramai 64 pemain melibatkan pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, Orang Orang Kenamaan, sektor Korporat dan media.

Antara orang orang kenamaan yang menyertai kejohanan itu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sapar Untong, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Yusof Yaakub, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim, Datuk Rosli Abdullah dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Dr Sabin Samitah.

Turut bermain dalam prrtandingan itu Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base, Datuk Jaafar Estaban, Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Pengarah Urusan Klinik Bakti, Datuk Wira Dr Ramli Tahir.

Sementara itu, Suhaili ketika di temui media berkata, selain memperkukuhkan hubungan silaturahim dikalangan pemain golf ia juga bertujuan untuk mempromosikan padang golf LIGC kepada pemain golf luar Labuan.

“ Kita juga merancang supaya pertandingan ini diadakan secara timbal balik dua atau tiga bulan sekali” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN