32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan laksanakan SOP individu  lengkap   dua dos dibenar  makan dalam kedai.

GAMBAR: RITHUAN (tiga dari kanan) bersama anggota JPBD  ketika mengadakan lawatan mengejut ke restoran (Bistro) Living Room   di Dorsett Grand hotel di sini, pada Rabu.

LABUAN: Sebahagian besar pengusaha kedai makan di pulau ini   mula mekasanakan  prosedur operasi standart (SOP)  kepada pelanggan dewasa  yang  telah lengkap dua dos vaksin   dibenar  makan (dine-in)  dalam premis mereka sepertimana yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail berkata peraturan baharu itu  selaras dengan kelonggaran diberi oleh  kerajaan kepada individu yang lengkap divaksin COVID-19.

Beliau berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin  minggu lalu  telahpun mengumumkan kepada individu  yang telah melengkapkan vaksin dua dos diberi beberapa kelonggaran  termasuk dibenarkan makan dalam premis makanan dan minuman (F&B) dan Labuan juga tidak ketinggalan untuk  memberikan  kelonggaran yang sama selaras dengan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 “Sepertimana yang kita tahu Wilayah Persekutuan Labuan merupakan wilayah pertama yang telah mencapai 80 peratus  imuniti kelompok  dan kita perlu memastikan momentum ini diteruskan sekaligus  menjadikan Labuan sebagai zon hijau COVID 19.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaaan mengejut di dua buah premis (restoran) di Labuan Fishermen Wharf Restaurant dan Living Room di Hotel Dorsett Grand Labuan, dekat sini pada, Khamis.

Pemeriksaan mengejut itu merupakan inisiatif oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)  Labuan  yang turut melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis Labuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (pejabat Labuan) serta wakil media tempatan.

Rithuan yang juga Pengerusi JPBD  Labuan menzahirkan rasa gembira kerana  hampir 100 pengusaha dan peniaga  kedai makan  yang beroperasi di pusat bandar telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan   arahan SOP  dipatuhi.

“ kita juga dapati pengusaha telah mematuhi arahan dengan membenarkan pekerjaa mereka yang telah  menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan bekerja” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN