ADVERTISEMENTspot_img

Labuan benarkan import telur dari Sarawak dan Semanajung

DR. Marysia James Abie.

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar  Wilayah Persekutuan Labuan membenarkan impot telur dari Sarawak dan Semananjung Malaysia  sebagai usaha mengatasi segera   isu kekurangan bekalan telur di pulau ini.

Pengarah Jabatan  Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Marysia James Abie berkata, kebenaran untuk membawa masuk telur dari Sarawak dan Semananjung itu  disebabkan kerajaan negeri Sabah ketika ini  telah menghadkan penghantaran bekalan telur ke Labuan daripada 500,000 biji seminggu kepada 500,000 biji  sebulan  berkuatkuasa pada Ogos lalu.

Beliau berkata, pada 20 Ogos lalu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengeluarkan arahan kepada semua pengeluar telur di peringkat ladang  ayam untuk mengurangkan export  telur keluar Sabah.

ISU kekurangan bekalan telur di Labuan akan diatasi

“Tindakan itu dilakukan  berikutan bekalan telur  di negeri bawah bayu itu mengalami kekurangan dan tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Marysia berkata, bagi memastikan  bekalan telur dapat diatasi segera, pihaknya telah membenarkan bekalan telur  dibawa masuk  dari Sarawak dan Semenanjung dengan kadar segera.

“Bekalan telur itu  dijangka akan sampai ke Labuan dalam tempoh satu hingga dua  minggu.

Selain itu katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan juga telah membuat permohonan kepada  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah agar quata penghantaran telur ayam ke Labuan dapat ditingkatkan jumlahnya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar bersabar dan tidak panik kerana masalah ini hanya bersifat sementara.

Beliau berkata, pengguna juga boleh mendapatkan sumber protein lain seperti ikan, daging dan ayam.

Untuk rekod telur merupakan sumber protein yang murah dan mampu dimiliki berbanding ikan, ayam dan daging terutaman pada musim pendamik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN