Gambar Atas: SUMBANGAN..Shahidan (dua kiri) menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Pengetua Tahfiz Al-Quran Al Badr sempena Program Semarak Kasih Bersama Pelajar Tahfiz
LABUAN: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menghulurkan sumbangan keseluruhan bernilai RM117,200.50 kepada tiga buah pusat tahfiz sempena Program Semarak Kasih bersama Pelajar Tahfiz di pulau ini.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim di Maahad Tahfiz Al Quran Al-Badr, Kampung Lubok Temiang, pada Khamis.
Tiga buah tahfiz yang menerima sumbangan tersebut ialah Tahfiz Al Quran Al-Badr, Madrasah Tahfiz Seri Merinding, Kampung Layang-Layangan dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al Ummi, Kampung Kerupang.

SHAHIDAN…menyampaikan duit raya kepad pelajar tahfiz.
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk membeli pelbagai kelengkapan dan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada pelajar di pusat berkenaan.
Selain itu, sumbangan tersebut juga melibatkan pemberian duit raya sebanyak RM100 kepada 274 pelajar dari ketiga-tiga pusat tahfiz berkenaan.
Sementara itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang turut serta dalam program tersebut tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan berbentuk bahan makanan kering bernilai RM14,200.50.
Sempena Majlis itu juga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menghulurkan sumbangan bernilai RM3,000 bagi menyediakan juadah makanan berbuka puasa kepada semua pelajar dan pengurusan Maahad Tahfiz.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ruzain Idris, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Pwersekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.