27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KWP hantar keperluan makanan ke Labuan  guna ihsan penerbangan TUDM

FADZILAH (tengah)  dan Junaidah (empat dari kanan)  bersama barangan keperluan yang tiba di Pangkalan Udara TUDM, Membedai, pada Selasa.

LABUAN: Bagi mengatasi kekurangan bekalan  keperluan makanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,  Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)  telah menghantar bekalan   makanan ke Labuan mengunakan ihsan penerbangan  Airbus A400 Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), pada Selasa,

Pesawat TUDM yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang itu tiba di Pangkalan Udara TUDM Membedai kira kira jam 1.30 petang dengan membawa 22 palet telur ayam (250,00 biji), 10 palet minyak masak (8,500 paket) dan  beberapa keperluan lain.

Penghantaran barang keperluan tersebut adalah hasil inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan Perbadanan Labuan dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan yang disokong oleh pihak swasta.

Terdahulu sebelum itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika  melepaskan (Flagoff) penerbangan tersebut di Shah Alam berkata, KWP  akan menghantar sebanyak 1.25 juta telur ayam   dan 42,500 paket  minyak masak yang dilaksanakan secara berperingkat  menerusi lima kali penerbangan ihsan TUDM bertujuan untuk  mengatasi masalah kekurangan barangan tersebut menjelang Aidilfitri.

Sebahagian daripada barangan keperluan yang tiba menggunakan  penerbangan ihsan pesawat A400  TUDM.

Di Labuan, ketibaan penerbangan  pertama ihsan TUDM itu di sambut oleh  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud dan Pengarah Pejabat Kementerian Perdanganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Janaidah Arbain.

Junaidah ketika ditemui media  berkata bagi penghantaran yang pertama ini, sebanyak 250,000 biji telur dan 8,500 paket minyak masak telah diterima dan   akan diserahkan kepada pemborong yang telah dilantik oleh KPDNHEP.

“Kita telah  melantik dua pemborong utama  sebagai pemborong yang akan mengedarkan  barangan tersebut kepada peruncit di seluruh Labuan” katanya.

Junaidah berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Perbadanan Labuan akan  memberikan harga  subsidi kepada warga Labuan  untuk tempoh perayaan Hari Raya.

Katanya,  bagi pembelian telur ayam gred C akan disubsidikan dari 46 sen sebiji kepada 33 sen sebiji, dan minyak masak dari harga RM2.50 kepad RM2.00 satu paket dan ini membabitkan peruntukan subsidi  sebanyak RM183,750.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN