KENANGAN….Para peserta merakam gambar bersama penganjur selepas kursus.
RANAU: Kursus Pendek Asas Gubahan Bunga Artisfisial (Bouquet & Pot Flower) di Dewan Mini Kg.Paka Dua di sini baru-baru ini, mendapat sambutan serta penyertaan menggalakkan daripada pencinta Gubahan Bunga.
Kursus julungkali diadakan itu anjuran ‘We Care Society’ bakal memberi satu produk bagi menjana pendapatan dikalangan peserta bukan sahaja untuk dipasarkan di tempat sendiri malah ke luar daerah dan negeri jika diusahakan secara komersil dan bersungguh-sungguh.
Jurucakap penganjur yang juga salah seorang pembimbing kursus itu, Sandra memberitahu, kursus tersebut merupakan antara usaha memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan keluarga.
Menurut Sandra, kursus seumpama itu, akan terus dianjurkan di mana ramai peminat berkaitan Gubahan Bunga bagi membantu peserta mempelbagaikan produk gubahan yang cantik dan menarik.
“Kita sedia membantu jika ada permintaan dan tempat yang sesuai”, jelas Sandra yang turut dibantu dua rakanya Russel dan Rizal.
Menurutnya lagi, setiap peserta hanya dikenakan yuran penyertaan RM38 sahaja (seorang) dan mereka ada sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan menerima sijil penyertaan.
           Â