ADVERTISEMENTspot_img

KUNJUNGAN KEPTAKES KEPADA PENGARAH JKN SABAH JALIN KERJASAMA STRATEGIK.

Janarius (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr William disaksikan sebahagian rombongan KEPTAKES


Oleh : Francis Andin

KOTA KINABALU: Kunjungan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia terhadap Dr William Gotulis, Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah antara program yang dapat menjana kepada kerjasama strategik dalam menjayakan hala tuju pembantu tadbir kesihatan khususnya di Sabah dalam mengembling tenaga bersama untuk memastikan pengurusan dan perancangan dapat dimanfaatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja KEPTAKES Sabah, Januarius Majalap berkata kunjungan hormat amat berjaya dalam membincangkan perancangan jangka panjang JKNS yang turut dihadiri ahlijawatankuasa kesatuan Semenanjung dan Sabah.


Katanya dalam pertemuan itu, Pengarah JKNS Dr William Gotulis menyambut baik usaha pihak Jawatnkuasa Keptakes yang membuat kunjungan terhadapnya dan menekankan kepentingan kerjasama erat antara pihak pengurusan dan pembantu tadbir yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran setiap program dan pelaksanaan perancangan secara optimum.


Katanya ini termasuklah kearah meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam kepada pelanggan selain aspek kebajikan anggota kesatuan.


Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Malaysia, Zainudin Daud, berkata kunjungan merupakan langkah penting dalam mempereratkan hubungan profesional dan membuka peluang baharu untuk masa depan semua anggota pembantu tadbir dalam aspek pembangunan latihan, pertukaran maklumat dan Roadshow dalam mempromosikan KEPTAKES dalam kalangan pembantu tadir kesihatan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan (Pengurusan)Puan Jasnawati Jasmin, bersama ahli jawatankuasa kesatuan serta ahli jawatankuasa penaja kesatuan di Sabah.-End.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN