Kunjungan  Hormat Biro Agama Islam  Parlimen Ranau ke JHEAINS  eratkan kerjasama.

Kunjungan Hormat Biro Agama Islam Parlimen Ranau ke JHEAINS eratkan kerjasama.

27/10/2019 0 By admin

RANAU : Serombongan lapan orang Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Agama Islam Parlimen Ranau, mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ranau, bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala sedia terjalin.

Ketibaan rombongan, diketuai Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Ranau, Madran Bin Sanip, telah disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau, Ustazah Zatuliffah Binti Mohd.Aslie bersama kakitangan pejabat, Pegawai Dakwah dan Imam-Imam Qariah .

Madran dalam ucapan ringkasnya berterima kasih kepada pihak JHEAINS Ranau kerana menerima kunjungan hormat tersebut dan mengharapkan ianya menjadi titian muhibbah antara Parlimen Ranau dengan pihak JHEAINS dan membentuk satu jalinan kerjasama dalam menjalankan program khususnya dari segi aktiviti meningkatkan syiar Islam di daerah Ranau.

Katanya, menerusi kunjungan Hormat itu, pihaknya (Pejabat Parlimen Ranau) memahami dengan jelas berkaitan sistem dan struktur pentadbiran JHEAINS Ranau merangkumi segala aspek serta fungs jabatan.

Beliau turut menyampaikan salam maaf daripada Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia kerana tidak dapat menyertai rombongan sambil mengharapkan hubungan dua hala akan terus dapat dipertingkat.

MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN HORMAT………Ustazah Zatuliffah mewakili Jhaeins Ranau.

Sementara itu, Zatuliffah dalam ucapan alu-aluannya, berterima kasih atas kunjungan tersebut, dan mengharapkan usaha seumpama itu akan membentuk Jalinan Kerjasama dua hala antara Parlimen Ranau dan pihak JHEAINS dalam menganjurkan apa juga aktiviti yang postif pada masa akan datang.

Zatuliffah seterusnya memberi taklimat berhubung Organisasi JHEAINS Ranau termasuk Misi dan Visi, jumlah Masjid dan Surau JHEAINS, Senarai Pengerusi Masjid dan Surau serta senerai Penerima Bantuan Zakat.

Menyertai rombongan Parlimen Ranau terdiri daripada Ketua Daerah Ranau merangkap Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Islam Parlimen P.179 Ranau, Attin Bin Naisin, Setiausaha Biro Hal Ehwal Agama Islam Parlimen Ranau, Hamilin Bin Dahlan, Pegawai Perhubungan (2) Parlimen Ranau merangkap AJK Biro, Haji Hussien Bin Haji Jirat, Pegawai Giat Mara Ranau juga AJK Biro, Aziz Bin Saupin, Pegawai Perhubungan (1) Parlimen Ranau, Daini Binti Radani, AJK Biro Hal Ehwal Agama Islam Parlimen Ranau, Sapilin Bin Mudin dan Missy Sambulang (AJK Biro Hal Ehwal Agama Islam Parlimen Ranau).-T A M A T-

Madran (duduk tengah) bersama rombongannya sempat merakam gambar sempena Kunjungan Hormat itu.