Azrol (dua kiri) bersama rombongan keluarganya dari Semenanjung merakam gambar semasa melawat RRF.
RANAU: Pelancong dari Semenanjung kini mula tiba di Sabah dan melawat ke beberapa lokasi menarik di daerah ini termasuk kawasan Kundasang.
Tinjauan media ke bebarapa lokasi peranginan di sini mendapati ratusan pengunjung dari daerah-daerah di Sabah dan juga Semenanjung melawat ke Taman Air Panas Poring, Sabah Teh Nakapak, Tagal Ikan Pelian Luanti Baru, Ranau Rabbit Farm (RRF) bersebelahan dengan Mount Kinabalu Sky Bike Kg.Kigiok dan banyak lagi lokasi lain yang menarik pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis kepada setiap pengunjung.
Ketua rombongan sekeluarga 12 orang dari Semenanjung, Azrol Bin Nazwi ketika ditemui, tepegun melihat keindahan alam semula jadi yang masih belum terusik di sekitar Ranau dan Kundasang.
“Walaupun kaki Gunung Kinabalu seakan dicakar selepas berlaku Gempa Bumi suatu ketika dahulu namun keindahan dan kecantikan panoramanya masih tersergam indah dengan puncaknya yang tertinggi di Asia Tenggara”,jelas Azrol yang julungkali melawat ke Ranau.
Selepas RRF mereka turut mengadakan lawatan ke Taman Air Panas Poring, Sabah Teh serta sekitar pekan Kundasang dan menginap di Kiram Resort sebelum balik ke Semenanjung pada keesokannya.
             Â