30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan Koir Church  Of Blessed Sacrament Labuan johan Koir Perpaduan

JOHAN…. Kumpulan Church of  Blessed Sacrament menerima hadiah daripada Rithuan.

LABUAN: Kumpulan Koir Church Of Blessed Sacrament muncul johan pertandingan Koir Perpaduan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan  yang diadakan di Taman Damai Layang-Layangan, baru baru ini.

Selain menerima hadiah wan tunai RM5,000 pasukan itu juga akan mewakili Labuan keperingkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 29-30 Oktober ini.

Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Koir SMK Labuan untuk menerima hadiah wang tunai RM3,500 dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Koir Perfect Too dari   Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menerima hadiah wang tunai RM2,500.

Manakala tempat ke empat dimenangi oleh  Kumpulan Koir Mizuki dari   Bahagian Bekalan Air Labuan (BBA)  dan  tempat ke lima  Kumpulan  Koir Gema Labuan yang mewakili    KKM   masing masing menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Pertandingan Koir  Perpaduan bertemakan  ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sementara itu, majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan,  Senator Datuk Bashir Alias,

Hadir sama, Pengarah JPNIN Labuan Esther Dingkawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN