31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KUK St. Francis Assisi Kg. Tagai terima sumbangan ADUN Bingkor

Jelius mewakili Komuniti Umat Katolik St Francis Assisi Kampung Tagai menerima sumbangan daripada Robert (tengah).

KENINGAU:Komuniti Umat Katolik (KUK) St. Francis Assisi Kampung Tagai menerima televisyen daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N.40 Bingkor kepada Jelius Benjuin mewakili Komuniti Umat Katolik St Francis Assisi Kampung Tagai.

Sumbangan yang berbentuk televisyen untuk hadiah utama  cabutan bertuah itu untuk program Komuniti Umat Katolik St Francis Assisi Kampung Tagai.

Robert (dua dari kiri)menyampaikan sumbangan kepada Erce.

Turut menerima sumbangan daripada ADUN Bingkor adalah  Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sabah (PSKPPS)Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai program Pesta Sukan Dan Kebajikan PSKPPS Peringkat Negeri yang dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau. 

Sumbangan tersebut diterima oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Pembangunan Murid Erce @ Etor Dius.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN