ESTHER menyampaikan sijil penghargaam kepada Pengerusi KRT Durian Tunjong, Abu Bakar bersama AJKnya .
LABUAN: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya memainkan peranan dalam membantu Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam melaksanakan pelbagai program kemasrakatan di pulau ini.
Pengarah JPNIN Wilayah Persekutuan Labuan, Esther Dingkawan berkata, Pengerusi KRT bersama ahli ahlinya yang dilantik di peringkat kampung di pulau ini telah memberikan kerjasama yang cukup baik membantu JPNIN melaksanakan pelbagai-program kemasyarakatan dan ini sekaligus telah memperkasakan JPNIN sebagai sebuah agensi kerajaan yang melahirkan masyarakat yang harmonis, bersefahaman dan sentiasa bekerjasama.
“ Terima kasih kepada semua AJK KRT yang dilantik atas kerjasama yang telah diberikan termasuk dalam memberikan cadangan, idea sumbangan untuk membantu JPNIN melaksanakan program kemasrakatan dengan jayanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi KRT Labuan anjuran jabatan itu di salah sebuah restoran di sini pada Isnin.
Sementara itu, Esther berkata program Malam Aspresiasi KRT bertujuan untuk menghargai sumbangan jawatankuasa KRT disamping merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan ahli ahli KRT di seluruh pulau ini.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lebih 30 Pengerusi KRT.
Bagi memeriahkan lagi malam tersebut pelbagai persembahan pentas turut diadakan yang melibatkan penyertaan ahli ahli KRT dan juga cabutan tiket bertuah.