31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kraftangan, pelancongan sektor yang beri impak positif, Abidin Madingkir

OLEH SALWAH ARAMAT
Editor: ADUKA JASNIN SUMAN
Admin: Johnny Gampawi

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, kraftangan dan pelancongan adalah dua sektor yang saling mengimbangi dari segi impak positif kepada negara dan rakyat.

Menurutnya, industri kraf tangan sebenarnya sangat penting kerana bukan sahaja ia dapat mempromosikan negara serta negeri, daerah dan kampung di pentas global, ,malah sebagai produk tempatan yang unik yang menjadi tarikan pelancong.

“Kraftangan tempatan yang unik adalah produk yang sangat berpotensi yang boleh dieksport ke negara lain jika dilakukan dengan serius, dan senario itu dapat dengan mudah menyerlahkan reputasi yang cerah kepada Ranau dan Malaysia secara amnya.

“Selain itu, kraftangan dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Tetapi lebih penting, ia boleh menjadi sumber pendapatan bagi penduduk kampung yang terlibat dalam industri dengan bekerja di rumah, dan juga dapat mengurangkan pengangguran, “katanya.

Beliau berkata demilian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Penilaian Pertandingan Kraftangan Berunsur Manik dan Dalai yang diadakan di Bangunan Bengkel Kraftangan Kg Bitoon Ranau baru baru-baru ini.

Mengenai acara itu, Abidin memuji usaha oleh Penganjur Program , Jusnah Jinos yang juga pelopor kraftangan manik-manik dan Dalai kerana sukses melaksanakan program tersebut.

Beliau mengesyorkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diwakili oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keusahawanan Desa Felecia Gitah Sindan dan Penolong Pegawai Latihan Khatijah Duali dalam acara untuk membantu aktiviti kraftangan di DUN Paginatan.

Abidin juga menasihatkan penduduk kampung bahawa industri kraftangan juga mempunyai beberapa cabaran, di mana salah satu daripadanya adalah penduduk kampung mesti menghasilkan produk yang mempunyai nilai yang tinggi dan menarik kepada bakal pembeli.

“Tanpa nilai yang tinggi dalam kraftangan, kita tidak dapat mengeksportnya ke dunia luar kerana pasaran global sangat kompetitif, dan produk yang diketahui mempunyai kualiti yang rendah dan tidak menarik, tidak dapat pergi jauh.

“Untuk mencapai tujuan itu, satu cara kita dapat mengekalkan nilai produk kraf tangan kita, kita memerlukan bantuan orang seperti Jusnah dan KPLB untuk memberi bimbingan dan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam industri kraftangan tempatan dari segi pengeluaran dan pemasaran.

“Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh memainkan peranan penting dalam membantu kraftangan tempatan dengan menyediakan pengusaha ruangan untuk memasarkan produk mereka di pekan dan kawasan bandar,” jelasnya.

Abidin memperlihatkan salah satu kraftangan yang dipamerkan.
Orang ramai merakam gambar bersama Abidin
(duduk depan tengah)
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN