CERAMAH….. Penceramah Jemputan dari PDRM IPD Labuan menyampaikan ceramah mengenai Kes Rogol dan Kes Keganasan Rumahtangga.
LABUAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengesa semua pihak menghentikan sebarang keganasan terhadap wanita.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Dr Wan Nur Ibtisam Wan ismail, berkata isu keganasan terhadap wanita boleh berlaku melangkaui batas sempadan, agama, bangsa dan budaya.
“Ia merupakan isu yang perlu ditangani kerana ia merupakan pencabulan hak asasi menusia dan menghalang kepada kesaksamaan gender. Secara tidak langsung keganaasan terhadap wanita menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan wanita” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen We Eliminate Violence Againts Women (EVAW) sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, pada Rabu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah,Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan, Devi Naidu A/P Munusamy.
Sementara itu Dr Wan Nur berkata, kempen Eliminate Violence Against Women (EVAW) bertujuan untuk memastikan agenda menghentikan keganasan terhadap wanita dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh seiring dengan aspirasi di peringkat antarabangsa.
“Pelbagai usaha telah digerakkan oleh KPWKM dalam menangani isu keganasan terhadap wanita antaranya seperti penubuhan Skuad WAJA yang bertujuan untuk memperkasa komuniti melalui program bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti,” katanya.
Selain itu katanya, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) diamanahkan untuk mengetuai Jawatakuasa Advokasi dan Pembangunan Kapasiti di bawah KPWKM bagi menagani keganasan rumah tangga yang berfungsi sebagai platform merancang serta menyelaras program advokasi dan kesedaran termasuk mempertingkatkan kolaborasi strategic antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau berkata, KPWKM melalui JPW akan terus melaksanakan program program khusus untuk menagani keganasan terhadap wanita kerana ianya bukan sahaja memberi kessan kepada individu yang terlibat, malah kepada keluarga, masyarakat serta negara keseluruhannya.
“Usaha bersepadu perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keganasan terhadap wanita khususnya kepada kaum lelaki” katanya.
Turut diadakan pada kempen itu ceramah dan taklimat mengenai Antigangguan Seksual dan Proses Penerimaan Kes Rogol dan Keganasan Rumahtangga serta ceramah Pengenalan Perintah Perlindungan Sementara dan Perintah Perlindungan Kecemasan yang disampaikan oleh penceramah jemputan.