OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN DAN A. JALIL MADARIN
PITAS: Koperasi Pekebun Sawit Mampan (KPSM) Pitas ditubuhkan dengan berapa matlamat dan antaranya menyatukan pekebun- pekebun di daerah ini untuk meningkatkan lagi ekonomi ahli-ahlinya.
“KPSM Pitas ditubuhkan pada tahun 2020 dan memulakan operasinya secara aktif pada tahun 2023 sehingga kini,” kata Pengerusinya Encik Kinchin Boluot.
Berucap pada “Majlis Bersama Pekebun Pekebun Kecil Sawit Mampan Pitas” yang diadakan di Mini Dewan R&R Dataran Pitas dekat sini beliau menjelaskan lima perkara penting kepada perserta tentang KPSM Pitas secara terperinci pertama bertujuan memberi kefahaman sepenuhnya akan pencapaian KPSM Pitas dalam membantu pekebun-pekebun kecil Sawit.
Katanya, tujuan penubuhan koperasi ini ialah untuk menyatukan pekebun pekebun sawit di kawasan Pitas untuk bersatu mengukuh dan meningkatkan daya saing kesatuan dalam istilah tawar menawar berkenaan harga sawit agar ianya menjadi satu koperasi yang maju.
Kedua meningkatkan pendapatan ahli melalui pengurusan hasil yang lebih sistematik dan cekap yang dibantu oleh pengurus dari Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Kementerian yang berkaitan dalam mencapai hasrat sebenar KPSM.
“Ketiga mengurus pemasaran hasil sawit berpusat bagi mendapat harga yang lebih baik sebab itu kita perlu bersatu melalui satu korperasi iaitu KPSM bagi memudahkan kerajaan melalui MPOB membantu untuk mengwujudkan satu Kilang Sawit KPSM memandangkan di daerah Pitas ini terdapat satu sahaja kilang sawit tetapi bukan milik KPSM,” jelasnya.
Keempat kata Kinchin ialah menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti bekalan baja, racun dan benih dan khidmat nasihat teknikal untuk memudahkan pekebun sawit meneruskan usaha secara berpanjangan.
Dan yang kelima membantu ahli mendapatkan kemudahan seperti biaya input pertanian seperti baja, kemudahan kredit kewangan dan lain-lain yang boleh membahagiakan pekebun agar menjadi keluarga bahagia didalam KPSM.
Tambahnya, matlamat KPSM Pitas sebenarnya ialah untuk meningkatkan produktiviti (banyak) dan kualiti (bermutu) hasil sawit tersebut wajib dijaga rapi agar kita memperolehi nilai harga yang terbaik (jangan jual buah sawit yang muda dan buruk).
Kedua tambahnya mengurangkan kos operasi ahli melalui pembelian input pertanian yang mana diperolehi daripada koperasi ini dengan harga yang amat berpatutan berbanding harga luaran.

Kinchin dan barisan penceramah mengabadikan gambar kenangan dengan sebahagian peserta yang hadir.
“Ketiga menjana keuntungan dan diagihkan kembali kepada ahli melalui pelbagai cara yang sah dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Ahli Lembaga KPSM,” jelas Kinchin.
Yang keempat tambah pengerusi ini membangun sosio ekonomi pekebun kecil dan keluarga, serta menyokong kelestarian industri sawit, Pertanian adalah Perniagaan.
Pada majlis itu, seramai tiga orang penceramah diundang khas membentangkan kertas kerja masing-masing dan menjelaskan secara terperinci agar para pekebun kecil lebih memahami secara mendalam akan kebaikan jika sekiranya sesaorang ahli berada dalam Koperasi Pekebun Sawit Mampan.
Ceramah pertama disampaikan oleh Ketua Wilayah Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Sabah, Encik Constantine Ading menyampaikan ceramahnya lebih dua jam menyentuh tentang kebaikan dalam koperasi, tentang perlesenan, pemasaran, pungutan hasil dan banyak lagi sekaligus dalam sesi soal jawab bersama peserta.
Turut menyampaikan ceramah berkenaan dengan sawit Pegawai TUNAS Kudat, Andrian Anthony, Pegawai TUNAS Kota Marudu, Kamaruddin Arifin dan Pegawai TUNAS Pitas Harris Tekosson penyampai taklimat lengkap kepelbagaian hal dalam KPSM Pitas.
Dalam slot penangguhan majlis tersebut Kinchin menjelaskan bahawa, jumlah ahli KPSM Pitas dari tahun 2020 dan sebelumnya seramai 1,600 orang namun sehingga hari ini hanya 853 orang pekebun kecil yang berlesen dan menjadi tanda tanya kemana perginya 747 orang namun satu kaji selidik telah dibuat dan membuktikan rekod seramai 969 orang pekebun kecil yang dikenal pasti oleh MSPO / MPOB masih ada dan perlu meneruskan aktiviti bagi mengelakkan lesen mereka tamat tempoh yang bakal menyusahkan mereka menjual sawit tanpa lesen yang sah.
Kinchin menasihatkan kepada ahli yang tidak tersenarai sama ada mereka keluar meninggalkan KPSM atau sebaliknya maka kembalilah kepada KPSM untuk mereka meneruskan usaha dan bersatu memajukan KPSM selaras dengan persetujuan awal penubuhan koperasi ini.
KPSM Pitas mempunyai hampir 20 ribu ekar tanaman sawit secara mampan dengan hasil yang diperolehi seperti berikut contoh pada bulan Jun tahun 2024 KPSM berjaya memperolehi tuaian sawit sebanyak 150 tan metrik, pada bulan Julai 237 tan metrik, Ogos 325 tan metrik, bulan September 437 tan metrik dan Oktober meningkat kepada 527 tan metrik.
Namun katanya menurun pada bulan November sehingga bulan Mei di sebabkan beberapa faktor antaranya cuaca buruk akibat hujan sehingga banjir, hakisan tanah runtuh, jalan raya yang rosak dan terputus, sawit kurang baja disebabkan hujan dan banjir.
Dalam perjumpaan itu Kinchin memohon kepada kerajaan dan MPOB agar suara mereka dari KPSM didengar dan ambil perhatian serta tindakan segara pertama memantau dan memperbaiki jalan yang rosak dan KPSM memerlukan lori 10 tan bagi tujuan mengangkut buah sawit ke pusat timbang dan kilang.
Hadir sama Pengurus KPSM Pitas yang juga Penyelaras Program Melvin Mailih, Pegawai MPOB Bahagian Pelesenan dan seluruh Ahli Lembaga KPSM Pitas.



