24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB tidak menyediakan sebarang Grant atau Outright Grant kepada JPKK – Jahid

JAHID JAHIM- Gambar fail

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang Grant atau Outright Grant kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk tujuan aktiviti gotong-royong.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, sebelum ini pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan ada menyediakan geran RM10,000.00 kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tetapi telah diberhentikan sejak tahun 2019.

Menurutnya kementerian beliau masih menunggu keputusan rayuan untuk meneruskan pemberian geran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Kedua Penggal Pertama hari ini.

Amisah bertanya sama ada pihak kementerian akan memberi ‘Outright Grant’ sebanyak RM2,000 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk tujuan aktiviti gotong-royong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN