32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah telah memproses lebih 40 peratus permohonan, perakuan (JPKK) di negeri ini.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS …. Jahid menyerahkan Watikah Pelantikan kepada Pengerusi JPKK Kampung Bantayan Tamparuli, Francis Snail @ Faizal Bin Sabree yang memakai pakaian tradisi pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) telah memproses 40 hingga 45 peratus permohonan serta perakuan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri setakat ini.

Menterinya, Datuk Jahid Jahim, berkata, peratusan tersebut merangkumi jumlah yang telah dikemukakan di Pejabat Daerah, yang mempunyai persefahaman dengan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, bagi memudahkan rakyat, diharapkan agar kementeriannya akan menerima perakuan yang lengkap agar lebih mudah untuk memprosesnya kelak.

“Kita mengharapkan supaya untuk kemudahan rakyat kita menerima perakuan yang lengkap supaya mempermudahkan pihak kementerian untuk memproses. 

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di Dewan KPLBS, Sembulan dekat sini hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri II Tuan Samad Bin Jambri@Jamri dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Fredian Gan.

“Setakat hari ini seperti yang saya katakan tadi 40 hingga 45 peratus sudah kementerian sempurnakan dan mudah-mudahan yang lain akan menyusul kemudian,” katanya.

Untuk rekod, seramai 64 Pengerusi JPKK yang menerima Watikah pada hari ini merupakan kumpulan pertama yang mendapat pelantikan dari seluruh Sabah manakala kumpulan selanjutnya akan menyusul kelak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN