31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah Sedia RM4 Juta Untuk Laksana BELBA Dan BALBA, tahun 2020

Oleh MARRYAN RAZAN

KPLB Sabah Sedia RM4 Juta Untuk Laksana BELBA Dan BALBA, tahun 2020

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk melaksanakan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) pada 2020.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, Program BALBA dan BELBA adalah antara program terbaru yang diperkenalkan kementeriannya bagi membantu penduduk luar bandar yang belum mempunyai bekalan air dan elektrik.

“BALBA adalah program pembekalan air dengan kaedah alternatif yang terawat (sistem paip air graviti dan telaga tiub atau sumber air bawah tanah) di kawasan terpencil yang jauh daripada capaian sistem retikulasi Jabatan Air Negeri Sabah.

“Manakala BELB pula adalah program penjanaan bekalan eletrik melalui pembinaan mikro hidro dengan kos lebih murah di kawasan terpencil yang tidak dicakupi oleh Program BELB biayaan Kerajaan Persekutuan dan jauh dari sistem grid SESB,” katanya.

-EWON-

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan (flag off) Konvoi Jamboree Kelab WRS ke Tambunan di perkarangan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pada Sabtu (hari ini).

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kementeriannya juga menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk pelbagai projek kecil infrastruktur asas luar bandar pada tahun depan.

Mengenai program Jamboree Kelab WRS, beliau yang juga penaung kelab itu mengalu-alukan inisiatif badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Kelab WRS untuk membantu komuniti di kawasan luar bandar yang memerlukan.

“Saya berharap Kelab WRS dapat memberikan input berkenaan kampung-kampung terpencil di kawasan luar bandar yang belum mempunyai bekalan elektrik dan terletak jauh daripada sistem grid SESB atau tidak menikmati solar elektrik atau tidak mempunyai bekalan air dan terletak jauh dari sistem retikulasi air Jabatan Air Sabah supaya KPLB Sabah boleh melihat bagaimana membantu kampung-kampung berkenaan,” katanya.

Beliau juga memuji usaha Kelab WRS melaksanakan program kemasyarakatan memberikan sumbangan keperluan dapur dan derma untuk Rumah Anak Yatim Bondulu Toboh Tambunan.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan mengalu-alukan agar lebih banyak badan NGO melaksanakan program-program kemasyarakatan seumpama ini,” katanya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN