29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPKM peruntukan RM 2.1juta kepada petani, penternak dan nelayan di Labuan

Muhamad Sabu menyerahkan Mok Cek bernilai RM500,000 kepada Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan,Haji Bungso.

LABUAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memperuntukan sebanyak RM2.1 juta kepada golongan petani, penternak dan nelayan Labuan sepanjang tahun 2024.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peruntukan itu merupakan inisiatif kerajaan untuk menyokong petani penternak dan nelayan meningkatkan sumber pendapatan dan memperbaiki taraf hidup golongan tersebut.

“Peruntukan itu adalah sebahagian usaha Kerajaan Perpaduan membantu dan menyokong petani penternak dan nelayan melalui pelbagai program strategik yang bukan sahaja meningkatkan taraf ekonomi nelayan tetapi juga meningkatkan Keselamatan Makanan yang dihasilkan” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Libat Urus Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, disini kelmarin.

Antara program yang mendapat manfaat daripada peruntukan itu termasuklah ialah, Program Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jangka, Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan,  Program  Pembangunan Pertanian Komuniti, Program Pembesaran Unjam Unjam dan Program Agropreneur Muda.

Muhamad Sabu meninjau pameran makanan tempatan.

Turut mendapat limpahan daripada peruntukan itu ialah Program Pembangunan  Tanaman  Buah Buahan jangka pendek dan panjang, Program  Pembangunan Tanaman Sayuran Dan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana.

Sementara itu, Pertubuhan Peladang  Negeri Wilayah Persekutuan turut menerima dana peruntukan sebanyak RM500,000 serta Komuniti nelayan mendapat manfaat daripada pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan yang diperuntukkan sebanyak RM356,400 untuk tempoh Januari hingga Disember tahun ini.

Pada majlis itu, Muhamad Sabu bersama dif dif kehormat lain meninjau hasil makanan tempatan yang disediakan oleh penganjur.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Ketua Lembaga Pertubuhan Peladang, Amir Matamin dan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan, Haji Bungso Muhammad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN