26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPDNHEP Labuan rampas 1,496 peket minyak masak dari sebuah kedai runcit

GAMBAR: PANTAU…. Junaidah bersama anggota penguatkuasa KPDNHEP Labuan ketika melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga minyak masak di salah sebuah pasaraya di sini, baru-baru ini- photo ehsan JaPen Labuan.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan  merampas 1,496 peket minyak masak  bersubsidi dari sebuah kedai runcit di Kampung Sungai Keling.

Turut dirampas 297kg gula (satu kilogram sepeket).

Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, secara keseluruhan rampasan tersebut bernilai RM4,586.45.

“Rampasan itu telah dilakukan selepas  pihak penguatkuasa KPDNHEP  melakukan pemeriksaan rutin mengenai pematuhan penjualan barangan kawalan bersubsidi di kedai runcit berkenaan pada petang Isnin.

Beliau berkata, hasil daripada pemeriksan itu, pemilik kedai runcit tersebut tidak memiliki lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk menjual barangan kawalan tersebut.

“Lesen untuk menjual barang kawalan tersebut hanya RM10 setahun dan masih ada peniaga gagal memohon lesen tersebut daripada KPDNHEP,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen akan dijalankan di semua kedai runcit di kawasan perkampungan dan kawasan penempatan.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menjelaskan pihaknya mendapati rata rata peniaga di pulau ini mematuhi penetapan harga siling minyak masak tulen  kemasan botol 1kg, 2kg,3kg dan 5kg yang berkuatkuasa pada 8 Ogos lalu.

Beliau berkata, hasil pemantauan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa KPDNHEP mendapati peniaga menjual minyak masak berkenaan pada harga  yang telah ditetapkan kerajaan katanya.

Selain itu katanya, bekalan minyak masak botol dan peket juga didapati stabil sambil menambah terdapat tujuh pemborong utama yang membekalkan sebanyak 150 metrik tan  minyak masak untuk kegunaan penduduk Labuan selama sebulan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN