27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDNHEP Labuan puas hati harga makanan di Bazar Ramadan berpatutan

PERIKSA…. Junaidah bersama Annual memeriksa dan memantau  senarai harga makanan di salah satu gerai Bazar Ramadan Labuan Walk

LABUAN: Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan berpuas hati dengan harga makanan yang ditawarkan kepada pengguna di Bazar Ramadan berpatutan walapun terdapat kos  sebahagian bahan mentah meningkat di pulau  ini.

Pengarahnya Junaidah Arbain berkata, walaupun terdapat  sedikit kenaikan, namun ia tidak  membebankan pengguna.

“Alhamdulilah peniaga di sini telah meletakkan harga yang munasabah dan kita tidak nampak ada kenaikkan harga yang sangat tinggi.

“Adapun perubahan harga berlaku disebabkan oleh kos kos tertentu” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi Ops Pantau di Bazar Ramadan di  Labuan Walk, di sini, pada Rabu.

 Hadir sama Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Labuan, Anual Kannari.

SEMAK…. Junaidah bersama Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP  menyemak senarai harga sebelum membuat pemeriksaan pada Ops Pantau di Bazar Ramadan Labuan Walk.

Menyentuh mengenai Ops Pantau, beliau berkata, KPDNHEP telah melaksanakan sejak 3 April  lalu bertujuan untuk melihat dan memantau trend harga barangan terutaman sekali di tempat yang menjadi tunpuan orang ramai seperti Bazar Ramadan, Pasar  Awam, Pasar Sentral dan juga di pasaraya.

“Setiap hari seramai 15 penguatkuasa KPDNHEP akan  melaksanakan  pemeriksaan untuk memantau dari segi harga dan juga bekalan agar tidak berlaku kenaikan  harga yang tidak munasabah terutama di musim perayaan ini” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan sejak Ops Pantau dilaksanakan mendapati para peniaga patuh kepada arahan.

“Sejak Ops Pantau ini dijalankan pihak kami belum ada menerima sebarang aduan daripada pengguna  berkaitan salah laku peniaga” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN