28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Sandakan Tumpas Stor Simpan Diesel Bersubsidi Tanpa Permit

SITA… Pegawai penguat kuasa KPDN Sandakan memeriksa salah sebuah tong drum yang ditemukan dalam satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stor di Kampung Segaliud, di sini, pada 24 Februari lepas.

Serbuan kira-kira 12.46 tengah hari itu hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan oleh penguat kuasa KPDN Sandakan.

Menurut kenyataan KPDN hari ini, sebanyak 1,200 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan dalam enam tong drum ditemukan di premis berkenaan.

“Turut disita beberapa dokumen berkaitan dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,340,” menurut kenyataan itu.

Seorang lelaki warga asing berusia 51 tahun yang dipercayai bertanggungjawab di lokasi berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen atau permit yang sah.

Siasatan awal mendapati premis terbabit tidak mempunyai sebarang kebenaran atau lesen sah untuk menyimpan barang kawalan.

KPDN menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang bersubsidi demi memastikan bekalan sampai kepada golongan yang layak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN