23.8 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Laksana 31 Siri PJRM Back To School di Sabah

KASUT…Armizan memberikan kasut sekolah kepada salah seorang kanak-kanak.

KOTA KINABALU:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk melaksanakan 31 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back to School 2025 di Sabah.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata program yang bermula sejak 18 Januari lalu dijadualkan berlangsung hingga 16 Februari ini iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.”Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat melalui pelaksanaan secara dalam premis dan luar premis. 


“Para pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa. 


“Terdapat 45 sehingga 70 stock keeping unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis.”Di Sabah pula, kita merancang untuk melaksanakan 31 siri PJRM Back To School dan setakat hari ini, sebanyak 24 siri telah diadakan,” ujar beliau.

Menurut Armizan, program berkenaan merupakan inisiatif KPDN untuk memperkasa pelaksanaan PJRM sedia ada berikutan penambahan peruntukan RM100 juta berbanding tahun 2024 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.


Justeru katanya, bersempena dengan persediaan sesi persekolahan baharu 2025, KPDN telah memperluas pelaksanaan PJRM melalui penganjuran PJRM Back to School 2025. Orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan https://www.kpdn.qov.my/index.php/ms/iualanrahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Back to School yang akan dianjurkan.

Setakat 8 Februari, sebanyak 101 siri PJRM Back to School telah dilaksanakan daripada 243 jumlah keseluruhan yang disasarkan dalam tempoh pelaksanaan program ini./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN