29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan tumpaskan penyelewengan minyak Diesel bernilai RM94,600.

JUNAIDAH menunjukan dua buah kontena yang berisi minyak dipercayai diesel dalam serbuan tersebut.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menumpaskan  penyelewengan  barang kawalan dipercayai minyak diesel 44,000 liter yang dianggarkan bernilai RM94,600 dalam satu serbuan di sebuah stor tidak bernombor  di Kampung Sungai Bangat, dekat sini pada Isnin.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, serbuan itu dibuat  pegawai dan anggota Penguatkuasa KPDN Labuan dalam satu operasi Ops Tiris.

Katanya, hasil daripada serbuan itu, pihaknya telah menahan pemilik stor berkenaan setelah gagal mengemukakan sebarang doukumen yang sah untuk penyimpanan barang kawalan di lokasi tersebut.

“Serbuan yang dibuat kira-kira jam  12.00 tengah hari itu menjumpai kira-kira 44,000 liter minyak dipercayai diesel dalam dua  buah kontena.

“Pihak kami juga turut menemukan  dua buah  kenderaan yang   mempunyai  tangki penyimpanan minyak yang telah diubah suai serta beberapa tangki lain yang berisi minyak dipercayai  diesel yang disimpan berdekatan stor tersebut’, katanya ketika ditemui dilokasi tersebut.

UBAH SUAI…Junaidah menunjukkan sebuah kenderaan yang telah diubah suai untuk penyimpanan  tangki minyak

Jelasnya semua barangan tersebut telah disita untuk siasatan lanjut  mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga tanpa lesen.

“Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana mengalihkan barang kawalan dari tempat yang dilesenkan,” katanya.

Manakala  pemilik stor yang berumur 31 tahun itu ditahan untuk membantu  siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga tanpa lesen.

Beliau berkata,di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan semua kegiatan berkaitan barang kawalan agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan,” katanya.

Junaidah seterusnya meminta orang ramai melaporkan kepada KPDN jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan dengan menyalurkan maklumat  kepada Bilik Gerakan KPDN yang berdektan atau melalui whatsapp 019-2794317/019-848000 atau ke Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN