24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan tahan kenderaan pacuan empat roda bersama 300 liter diesel

Kenderaan pacuan empat roda yang ditahan KPDN di salah satu kawasan perindustrian di sini pada pagi Isnin.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama lebih kurang 300 minyak disyaki diesel bersubsidi tanpa permit.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain dalam satu kenyataan berkata kenderaan tersebut bersama 300 liter di percayai minyak diesel bersubsidi ditahan dalam satu Operasi Tiris 3.0 yang diadakan di salah satu kawasan perindustrian di sini pada pagi Isnin.

Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan menambah tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan yang mengandungi lebih kurang 300 liter minyak disyaki Diesel bersubsidi.

“Hasil daripada pemeriksaan lanjut pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

SELUDUP…. KPDN memeriksa kenderaan pacuan empat roda yang ditahan kerana disyaki menyeludup diesel

Tambahnya, kesemua barang kes yang dianggarkan bernilai RM 30,645.00 disita.Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana gagal mengemukaka sebarang surat kebenaran atau permit menyimpan barang kawalan tersebut.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM 1 juta, bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda RM 3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda tidak melebih RM 2 juta, manakala kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN