32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kos Rawatan Perubatan Pesakit Dalam Hospital Ranau, Percuma Bermula Januari 2021.

KERJASAMA… Jonathan (kanan) dan Dr Andi (kiri) ketika menandatangani dokumen kerjasama pada majlis itu.

RANAU – Kos rawatan perubatan percuma bagi pesakit dalam wad Hospital Ranau bakal dinikmati warga daerah ini bermula 01 Januari 2021 menerusi Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital.

Program kerjasama antara  Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan Hospital Ranau itu adalah inisiatif murni Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yassin bagi membantu meringankan beban kos rawatan ditanggung pesakit.

Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berharap, inisiatif tersebut satu  berita gembira buat seluruh warga Ranau terutama golongan kurang berkemampuan.

Katanya, buat masa ini, keistimewaan itu hanya dinikmati mereka yang memegang Kad Pengenalan beralamat di daerah Ranau sahaja.

“Warga Ranau dari seluruh pelusuk kampung yang dekat atau jauh, tiada kebimbangan lagi berkaitan kos rawatan di hospital  Ranau apabila mereka dimasukkan sebagai pesakit dalam.

“Saya berharap inisiatif ini akan memberi manfaat kepada masyarakat di daerah ini terutama mereka yang dimasukan ke wad hospital untuk menerima rawatan.

“Kami akan terus melakukan apa yang kami mampu untuk membantu masyarakat, dan juga hospital Ranau,”  katanya ketika melancarkan Program Bantuan Pembiayaan Bil Hospital di sini kemarin.

Jonathan turut berkongsi berita gembira itu di laman Facebook

Sementara itu, Pengarah Hospital Ranau, Dr Andi Mohd Shamsureezal Bin Hj Mohd Sainal mengucapkan terima kasih kepada Jonathan atas inisiatif yang dianggapnya satu keistimewaan buat warga Ranau dan yang pertama kali dilakukan di negeri ini.

“Tentunya ini akan sangat membantu masyarakat setempat di Ranau. Kami berharap agar kolaborasi tersebut cepat atau lambat dapat dilakukan di hospital-hospital kerajaan yang lain juga,” katanya.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Ranau merangkap Setiausaha Politik Jonathan, Benedict Gunda, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Hussin Jirat, pegawai dari Pejabat Parlimen Ranau dan kakitangan hospital yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN