26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kontraktor tidak mengaku salah  guna penyata akaun palsu

GAMBAR: Faizal ketika keluar dari Mahkamah Seksyen Labuan, pada Jumaat.

LABUAN:Seorang kontraktor  tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen  di sini  atas dua pertuduhan menggunakan penyata akaun bank palsu  untuk mendapatkan  projek kerja penyelengaraan  bernilai RM95,420 dua tahun lalu.

Tertuduh Faizal Md Yasin, 45 membuat pengakuan  tidak bersalah itu  pada Jumaat di hadapan Hakim, Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basirudin.

Faizal didakwa mengemukakan penyata bank syarikat Efqi Jaya  yang dipalsukan  bagi  Disember 2019 dan Januari 2022 kepada Jabatan Pendidikan Labuan untuk mendapatkan kontrak kerja penyelengaraan  di salah sebuah sekolah  di sini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan  yang boleh dihukum mengikut seksyen 468 Akta yang sama yang jika sbit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sementara itu, hakim Jason membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 serta melaporkan diri  dua bulan sekali ke pejabat SPRM dan passport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada  kepada mahkamah.  Kes akan didengar semula pada 24 Mac 2023.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN