32 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kontraktor tempatan yang berkeupayaan wajar diberi keutamaan  untuk kotrak kerajaan-Ahmad Maslan

AHMAD Maslan menyaksikan majlis Penyerahan Projek Manaik Taraf Ruang Sedia Ada Farmasi Sterill Hospital Labuan, pagi Isnin.

LABUAN: Kontraktor tempatan yang mempunyai keupayaan serta kewangan  dan mampu mengendalikan kerja kerja dengan baik wajar diberi keutamaan dan peluang   untuk  mendapatkan kontrak kendalian kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Mazlan berkata, ia penting kerana kontraktor tempatan lebih mahir  dan memahami selok belok mengenai pembekalan bahan pembinaan serta harga.

Katanya, sebagai contoh ada projek projek kerajaan yang ditawarkan  di Labuan  gagal disiapkan mengikut jadual ada yang terpaksa ditamatkan kerana kontraktor tidak dapat melaksanakan kerja disebabkan mengalami kerugian kerana mereka tidak memahami harga barangan   binaan di Labuan lebih tinggi   hampir 30 peratus berbanding dengan harga di Semenanjung.

 “Apabila ini berlaku kontraktor terpaksa mendapatkan bahan binaan yang kosnya lebih mahal dan ini sekali gus meningkatkan kos  akibatnya, projek yang ditawarkan tidak mampu disiapkan dan akhirnya terbengkalai,’

 “Perlu dipertimbangkan kepada mana-mana kontraktor tempatan  yang mempunyai keupayaan dari segi operasi dan kewangan yang stabil di samping rekod prestasi baik untuk diberikan peluang….. kita bukan sahaja menyokong kelestarian mereka, malah turut menyumbang kepada ekonomi tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Ruang Sedia Ada kepada Farmasi Steril di Hospital Labuan hari ini.

Terdahulu Ahmad Maslan ketika berucap pada majlis itu berkata, projek  menaik taraf ruang sedia ada kepada Farmasi Sterill   di Hospital Labuan yang menelan kos  RM 6.593 juta telah dapat disiapkan  lebih awal mengikut jadual dan mempunyai rekod kerja  yang baik sepanjang projek itu di laksanakan.

Beliau yakin dengan adanya Farmasi Sterill (bilik bersih) penjagaan farmaseutikal  yang optimum dapat disediakan bagi memenuhi keperluan pesakit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN